I am sure you remembered my post on the Carnival of Employment Opportunites For Person with Disability (Pwds) & Job Coach.
Program Job Coach di Mydin mensasarkan tiga objektif utama iaitu:
1. Melatih staf (terutamanya Head Of Department & Sumer Manusia) untuk memahami Kaedah dan Teknik terbaik dalam melatih staf OKU di cawangan masing-masing.
2. Sebagai persediaan sebelum mengambil lebih ramai golongan OKU sebagai staf bagi menampung kerperluan tenaga kerja di dalam syarikat di masa akan datang.
3. Sebagai sokonga penuh kepada program yang dijalankan oleh JICA/JKM dalam memberi lebih banyak peluang kepada golongan OKU untuk mendapat pekerjaan yang sesuai.
Buat pertama kali, Mydin telah menjalankan satu sesi latihan Job Coach di Mydin Ibu Pejabat pada 24-26 April 2012, yang melibatkan:
a) seramai 37 orang staf
b) dari 12 cawangan Mydin di seluruh Malaysia
c) Terdiri daripada pengamal sumber manusia dan ketua - ketua jabatan.
Pihat syarikat Mydin juga bercadang untuk menjalankan lebih banyak program latihan Job Coach bagi melahirkan lebih ramai staf yang mahir bagi memudahkan proses melatik OKU terutamanya slow learner.
Melalui progam yang disertai sebelum ini, para Job Coach syarikat melalui seliaan Mydin Retail Academy (MYRA) telah membangunkan manual-manual arahan khusus bagi kegunaan staf slow learner.
Manual-manual arahan tersebut merangkumi pelbagai bidang tugas antaranya:
a) Tugasan Penyediaan Makanan
b) Tugasan Penyusuan & Penambahan barangan
c) Tugasan Menggosok pakaian
d) Tugasan Mencetak Tanda Harga
e) Tugasan Melipat Tuala.
Manual-manual arahan tersebut digunakan bagi memudahkan tugas harian staf OKU dengan bantuan serta pemantauan dari semasa ke semasa oleh Job Coach (HOD) dan HR.
No comments:
Post a Comment