Pada tahun 2010, sebanyak 25.4% (11,812) kematian dicatatkan di hospital-hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia juga dianggap sebagai punca utama kematian pramatang, dengan hampir 35% kematian akibat CVD berlaku pada individu berusia bawah 60 tahun3.
Penyakit kardiovaskluar dijangka menjadi satu kebimbangan utama dalam kalangan negara membangun sewaktu transisinya ke arah mencapai status negara maju. Transisi itu mungkin memberi impak besar kepada aspek kesihatan mereka daripada kumpulan sosio ekonomi rendah.
Malaysia disifatkan sebagai sebuah negara membangun dengan lebih 8,000 pesakit jantung yang baru dilaporkan setiap hari. Ia merangkumi 35% peratus kematian dalam kalangan individu berusia bawah 60 tahun4.
Menyedari tentang perlunya kesedaran serta pendidikan mengenai CVD dan bantuan kewangan untuk para pesakit yang tidak berkemampuan, Antabax, jenama yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia telah bekerjasama dengan 99 SPEEDMART, cawangan pasar raya mini terbesar di Malaysia dalam satu kempen mengumpul dana untuk membantu Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).
Yayasan IJN merupakan sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan dengan misi untuk memberi sokongan kewangan kepada Institut Jantung Negara (IJN) dalam usaha memberi rawatan kepada pesakit daripada golongan berpendapatan rendah. Tahun ini, Yayasan IJN menyambut ulang tahun yang ke-20.
Kempen mengumpul dana kebajikan ‘Have A Heart, Save A Life bersama Antabax & 99 SPEEDMART’ telah dilancarkan di sini pada hari ini.
Kempen yang berlangsung mulai 1 September hingga 30 November 2015 ini menyaksikan 5% daripada hasil jualan sebarang rangkaian produk penjagaan diri anti bakteria daripada cawangan 99 SPEEDMART seluruh Negara akan disalurkan ke Yayasan IJN untuk menyokong Program Bantuan Pesakit mereka.
Antabax telah mengadakan pelbagai kempen CSR untuk menyumbang kembali kepada rakyat Malaysia. Sejak kempen CSR pertamanya pada tahun 2009, Antabax telah menyumbang lebih RM1 juta dalam bentuk tunai dan produk kepada pelbagai organisasi.
Pengurus Produk Kumpulan, Isi Rumah & Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd, Angeline Sim berkata, “Peningkatan kos sara hidup turut memberi impak kepada kos rawatan jantung. Para pesakit daripada golongan berpendapatan rendah sering berdepan masalah untuk membayar rawatan yang biasanya mampu menyelamatkan nyawa mereka. Walaupun dana yang kami kumpul menerusi kolaborasi ini mungkin tidak cukup untuk membantu semua orang, namun jika ia dapat meringankan beban seorang pesakit, itu sudah boleh diangap sebagai satu pencapaian.”
Tambahnya lagi, langkah pertama yang perlu diambil oleh orang ramai adalah dari segi pendidikan dan kesedaran mengenai penyakit jantung serta faktor-faktor risikonya.
Yayasan IJN membelanjakan lebih RM4 juta setiap tahun menerusi Program Bantuan Pesakit.
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong, Pengerusi, Yayasan IJN berkata, “Yayasan IJN sangat bergantung kepada sokongan daripada para penderma untuk membantu mereka yang memerlukan. Kami harap lebih banyak syarikat korporat akan mengikut usaha murni Antabax dan 99 SPEEDMART ini. Kempen ini akan benar-benar membantu yayasan untuk meneruskan misi kami membantu mereka yang kurang bernasib baik.”
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kempen “Have A Heart, Save A Life” Bersama Antabax & 99 SPEEDMART”, sila layari laman web www.facebook/NewAntabax.





