Tuesday, September 8, 2015

Antabax dan 99 SPEEDMART Lancar Kempen Mengumpul Dana Kebajikan untuk Menyokong Yayasan IJN‏

Mr Simon Yong Kin Onn, Director, Management Information System, 99 Speed Mart Sdn Bhd, Ms Angeline Sim, Group Product Manager, Household & Personal Care, Marketing Division, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong, Chairman, IJN Foundation, Yang Berbahagia Datin Julini Mohd Ali, IJN Foundation Fundraising Chairman, Member of the Board of Trustee 

Penyakit kardiovaskular kekal menjadi salah satu penyakit kronik paling berbahaya di negara maju dan negara membangun. Di peringkat global, dianggarkan seramai 17.3 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular (CVD) pada tahun 2008 sahaja. Menjelang tahun 2030, angka itu dijangka meningkat kepada 23.6 juta1 setahun. Walaupun kes CVD telah menurun di negara maju, trend itu bagaimanapun terus meningkat di negara-negara membangun2.


Pada tahun 2010, sebanyak 25.4% (11,812) kematian dicatatkan di hospital-hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia juga dianggap sebagai punca utama kematian pramatang, dengan hampir 35% kematian akibat CVD berlaku pada individu berusia bawah 60 tahun3.


Penyakit kardiovaskluar dijangka menjadi satu kebimbangan utama dalam kalangan negara membangun sewaktu transisinya ke arah mencapai status negara maju. Transisi itu mungkin memberi impak besar kepada aspek kesihatan mereka daripada kumpulan sosio ekonomi rendah.

Malaysia disifatkan sebagai sebuah negara membangun dengan lebih 8,000 pesakit jantung yang baru dilaporkan setiap hari. Ia merangkumi 35% peratus kematian dalam kalangan individu berusia bawah 60 tahun4.


Menyedari tentang perlunya kesedaran serta pendidikan mengenai CVD dan bantuan kewangan untuk para pesakit yang tidak berkemampuan, Antabax, jenama yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia telah bekerjasama dengan 99 SPEEDMART, cawangan pasar raya mini terbesar di Malaysia dalam satu kempen mengumpul dana untuk membantu Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).


Yayasan IJN merupakan sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan dengan misi untuk memberi sokongan kewangan kepada Institut Jantung Negara (IJN) dalam usaha memberi rawatan kepada pesakit daripada golongan berpendapatan rendah. Tahun ini, Yayasan IJN menyambut ulang tahun yang ke-20.


Kempen mengumpul dana kebajikan ‘Have A Heart, Save A Life bersama Antabax & 99 SPEEDMART’ telah dilancarkan di sini pada hari ini.


Kempen yang berlangsung mulai 1 September hingga 30 November 2015 ini menyaksikan 5% daripada hasil jualan sebarang rangkaian produk penjagaan diri anti bakteria daripada cawangan 99 SPEEDMART seluruh Negara akan disalurkan ke Yayasan IJN untuk menyokong Program Bantuan Pesakit mereka.


Antabax telah mengadakan pelbagai kempen CSR untuk menyumbang kembali kepada rakyat Malaysia. Sejak kempen CSR pertamanya pada tahun 2009, Antabax telah menyumbang lebih RM1 juta dalam bentuk tunai dan produk kepada pelbagai organisasi.


Pengurus Produk Kumpulan, Isi Rumah & Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd, Angeline Sim berkata, “Peningkatan kos sara hidup turut memberi impak kepada kos rawatan jantung. Para pesakit daripada golongan berpendapatan rendah sering berdepan masalah untuk membayar rawatan yang biasanya mampu menyelamatkan nyawa mereka. Walaupun dana yang kami kumpul menerusi kolaborasi ini mungkin tidak cukup untuk membantu semua orang, namun jika ia dapat meringankan beban seorang pesakit, itu sudah boleh diangap sebagai satu pencapaian.”


Tambahnya lagi, langkah pertama yang perlu diambil oleh orang ramai adalah dari segi pendidikan dan kesedaran mengenai penyakit jantung serta faktor-faktor risikonya.





Adik Mohd Aiman B. Abdul Karim, Antabax Germ Buster, Ms Angeline Sim, Group Product Manager, Household & Personal Care, Marketing Division, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd. 


“Secara teknikalnya, kita semua tahu bahawa kita perlu makan dengan betul, elakkan jenis makanan tertentu, banyakkan bersenam, tidur dengan baik dan kurangkan perkara yang boleh memberi tekanan dalam hidup kita. Tetapi dengan kesibukan harian, mencari masa untuk kekal sihat bukanlah mudah. Apa pun, kita tetap perlu mengulang mesej ini sehinggalah ia difahami sepenuhnya,” kata Angeline.


Pengarah Sistem Pengurus Maklumat, 99 Speed Mart Sdn Bhd, En. Simon Yong Kin Onn berkata, “Mungkin ada di antara anda yang tahu bahawa Pengarah Urusan kami, En. Lee Thiam Wah pernah diserang penyakit polio ketika berusia lapan bulan. Ibu dan bapa beliau bukanlah daripada keluarga kaya. Bapa beliau seorang buruh binaan dan ibu pula penjaja. Tetapi mereka tidak mengabaikan beliau. Sebaliknya, mereka menyediakan apa yang mereka mampu untuk membolehkan beliau menjadi yang terbaik.


“Saya faham perasaan anak-anak yang mengalami masalah jantung yang serius kerana mereka juga mempunyai potensi besar seperti anda dan saya. Kita harus bekerjasama memberi peluang kepada mereka menjalani kehidupan yang panjang dan penuh bermakna. Jadi, mereka boleh meneroka laluan hidup yang masih belum ditempuh untuk menjadi pemimpin, doktor, pemikir dan banyak lagi pada masa depan.


“Oleh kerana itulah kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Antabax. Sebagai satu jenama kegemaran rakyat Malaysia seperti 99SPEEDMART, ia telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat menerusi kempen CSR mereka selama ini,” katanya.


Mr Simon Yong Kin Onn, Director, Management Information System, 99 Speed Mart Sdn Bhd, Ms Angeline Sim, Group Product Manager, Household & Personal Care, Marketing Division, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong, Chairman, IJN Foundation, Yang Berbahagia Datin Julini Mohd Ali, IJN Foundation Fundraising Chairman, Member of the Board of Trustee launching the Have a heart, Save a Life bersama Antabax & 99SPEEDMART Campaign. 

Yayasan IJN membelanjakan lebih RM4 juta setiap tahun menerusi Program Bantuan Pesakit.

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong, Pengerusi, Yayasan IJN berkata, “Yayasan IJN sangat bergantung kepada sokongan daripada para penderma untuk membantu mereka yang memerlukan. Kami harap lebih banyak syarikat korporat akan mengikut usaha murni Antabax dan 99 SPEEDMART ini. Kempen ini akan benar-benar membantu yayasan untuk meneruskan misi kami membantu mereka yang kurang bernasib baik.”
Yang Berbahagia Datin Julini Mohd Ali, IJN Foundation Fundraising Chairman, Member of the Board of Trustee, Mr Simon Yong Kin Onn, Director, Management Information System, 99 Speed Mart Sdn Bhd, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong, Chairman, IJN Foundation, Germ Buster, Adik Mohd Akma Danish B. Nordin, Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Azhari Yakub, Chief Executive Officer, IJN Sdn Bhd, Ms Angeline Sim, Group Product Manager, Household & Personal Care, Marketing Division, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.
Sejak Yayasan IJN ditubuhkan pada 1995 dan sehingga Ogos 2015, Program Bantuan Pesakit Yayasan IJN telah memberikan pertolongan kepada lebih daripada 1,000 pesakit jantung yang memerlukan dan membelanjakan lebih RM20 juta.

Toh Puan Dato’ Seri Dr. Aishah Ong menjelaskan mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 untuk setiap orang pesakit. Kebanyakan dana yang diterima datang daripada pihak koporat dan penderma individu. Memandangkan penyakit kardiovaskular merupakan antara punca kematian utama di Malaysia, dana sebegini amat penting untuk membantu lebih ramai pesakit kerana ia mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa pada masa depan
Antabax juga akan memberikan kit penjagaan diri kepada kepada semua pesakit Institut Jantung Negara selama tiga bulan.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kempen “Have A Heart, Save A Life” Bersama Antabax & 99 SPEEDMART”, sila layari laman web www.facebook/NewAntabax.

No comments: