Senyumlah dengan lebar dan swafoto, kemudian zoomkan pada gambar
anda dan perhatikan gigi anda dengan teliti. Adakah anda nampak sebarang
kotoran atau warna kuning pada permukaan atau di celah-celah gigi?
Tekupkan tangan anda pada mulut dan hidung, hembus nafas dan hidu –
adakah ianya berbau kopi atau teh?
ZACT Whitening, dengan florida mengandungi Formula
Advanced Whitening dan 2 Agen Pemutih, menguatkan gigi dan membantu
menghalang pembentukan kaviti. Jadi anda boleh memutihkan gigi, pada
masa yang sama melindungi gigi dan menyegarkan nafas menggunakan satu
produk. Ia selamat dan lembut untuk digunakan setiap hari.
Penilaian
klinikal 3mengenai penggunaan ubat gigi pemutih ZACT ke atas 121 orang
yang mempunyai kesan kotor yang teruk pada gigi selama 4 hingga 8
minggu menunjukkan bahawa kandungan aktif yang ada di dalam ZACT adalah
cukup efektif. Ia mempunyai 2 kali lebih kuasa untuk menghilangkan kesan
pada gigi selepas digunakan selama 4 hingga 8 minggu.
Teh dan kopi adalah
makanan dan minuman yang mempunyai kandungan warna atau pigmen yang
tinggi. Ianya boleh mengotorkan gigi dan membuatkan nafas kita berbau.
Adakah kita bersedia meninggalkannya? Cuba bayangkan pagi anda tanpa
kopi yang menyegarkan atau petang anda tanpa aroma teh yang menenangkan.
Bolehkah anda ceriakan hidup anda dengan senyuman yang menawan dan nafas yang segar?
ZACT
merupakan salah satu ubat gigi pemutih dan penghapus kesan kotoran pada
gigi yang paling terkemuka ditawarkan oleh Lion Japan, syarikat
penjagaan oral No. 11 di Jepun yang berpengalaman selama 127 tahun dalam
pembangunan dan inovasi penjagaan oral.
ZACT Whitening,
ujian di bawah persekitaran makmal yang terkawal terbukti memiliki
kuasa memutih 2 kali lebih baik berbanding ubat gigi biasa yang tidak
mempunyai agen pemutih. Ia juga mempunyai 60 peratus kuasa menghilangkan
kesan kotoran yang lebih berkesan berbanding ubat gigi pemutih biasa.
Rasanya yang sejuk dan berpudina menyegarkan nafas serta
membantu mengurangkan bau nafas kopi dan teh yang kurang menyenangkan.
Kebanyakan
rakyat Malaysia merupakan penggemar kopi dan teh tegar yang sukar
untuk meghilangkan keinginan menikmati minuman tersebut. Namun, senyuman
yang menarik juga penting bagi keterampilan diri yang lebih yakin.
Harga dan kebolehdapatan ZACT
Whitening boleh didapati di pasaraya besar, supermarket dan farmasi
pada harga RM5.85 untuk 90g dan RM7.75 bagi 150g. maklumat lanjut, sila
layari laman web: www.zact.com.my.
#shinewithzact #shineyourlifestylewithzact #zactwhitening
No comments:
Post a Comment