Menampilkan tema Buka Puasa, Buka Rasa, Fazley menghasilkan dua
jenis minuman edisi istimewa; Bandung Sago Pearl Milk Tea dan Cendol
Sago Milk Tea sebagai memenuhi kepelbagaian permintaan pelanggan setia
dan baharu Chatime terutama pada Ramadan ini.
Menurut Fazley, dia amat terharu dan bangga apabila diberikan
peluang untuk bekerjasama dengan Chatime yang kebetulan merupakan
minuman kegemarannya dan keluarga sejak awal lagi.
“Apabila ditawarkan peluang kolaborasi ini, sudah pasti saya berasa
teruja kerana selama ini sudah memasang angan-angan untuk menghasilkan
resepi minuman istimewa jenama Chatime,” katanya ketika ditemui usai
majlis tersebut.
Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia Sdn.
Bhd. milik penuh Will Group, Aliza Ali dan Pengarah Eksekutif, Widayu
Latiff.
Pada majlis itu, Fazley turut melakukan demonstrasi penyediaan dua
minuman tersebut yang mengenengah sago sebagai keistimewaan sambil
dibantu oleh Aliza serta Widayu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan Fazley sempena kempen
Ramadan ini, Aliza memberitahu pengalaman dan minat Fazley dalam
mempelbagaikan resepi dalam bidang kulinari merupakan sebab mereka
memilihnya sebagai wajah kempen sempena Ramadan kali ini, bertepatan
dengan jenama Chatime yang menitikberatkan kepelbagaian di dalam minuman
yang dijual.
“Beliau (Fazley) bukan sahaja merupakan wajah kempen, malah resepi
bagi dua minuman kolaborasi Ramadan ini telah diolahnya sendiri”.
Bandung Sago Pearl Milk Tea (boleh ditambah dengan krim vanila) dan Cendol Sago Milk Tea dijual setiap satu dengan harga RM8.90.
Dua minuman istimewa ini boleh diperolehi di seluruh cawangan
Chatime di Malaysia bermula seminggu sebelum Ramadan dan berakhir pada
minggu awal Hari Raya Aidilfitri ini.
Chatime yang memasuki negara ini sejak tahun 2009 kini mempunyai hampir 40 cawangan di seluruh Malaysia.
Selain Malaysia, Chatime juga memiliki lebih 1700 buah cawangan di
32 negara seperti London, Paris, Amerika Syarikat, Kanada, Dubai,
Australia, Korea, China, India, Vietnam, Hong Kong, Thailand, Filipina,
Indonesia, Vietnam dan Taiwan.
Untuk mengetahui informasi lanjut, boleh melayari platform laman sosial - Facebook, Twitter dan Instagram (Chatime Malaysia).
No comments:
Post a Comment