Sunday, November 15, 2015

Pusat Perubatan Sunway Menandakan Hari Diabetes Sedunia bagi Tahun Keempat secara Berturut-turut

Officiating the launch: From left Ms Nadiah Wan, Organising Chairperson, 30 Days to Happy Kidneys campaign, and and Director of Communications and Business Development, Sunway Medical Centre; Mr Chua Hong Wee, Chief Executive Officer, National Kidney Foundation of Malaysia; Dr Balachandran Satiamurti, Selangor State Health Director, and Mr Choo Voon Chee, Acting Chief Executive Officer, Sunway Medical Centre

Pusat Perubatan Sunway (SunMed) hari ini meraikan Hari Diabetes Sedunia bagi tahun keempat berturut-turut, yang merupakan sebahagian daripada tumpuan lima tahun dalam usaha mewujudkan kesedaran diabetes. Sambutan tersebut yang bertemakan Hapuskan Diabetes, telah dirasmikan oleh Dr Balachandran Satiamurti, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, diiringi oleh Choo Voon Chee, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway dan Chua Hong Wee, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.


Sambutan tahun ini adalah sebahagian daripada ‘Let’s Take 5’, kempen payung dilancarkan pada tahun 2012 yang bertumpu kepada salah satu daripada lima organ atau bahagian tubuh yang terjejas akibat komplikasi diabetes - otak, mata, jantung, buah pinggang dan kaki, sempena Hari Diabetes Sedunia setiap tahun. Tahun ini, kempen yang bertemakan Hapuskan Diabetes tertumpu kepada kegagalan buah pinggang berkaitan diabetes, dan melibatkan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) sebagai rakan kongsi.


Dengan meraikan Hari Diabetes Sedunia, SunMed bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, mendidik dan memberi kuasa kepada rakyat untuk mengawal diabetes. Selaras dengan matlamat antarabangsa sambutan itu, SunMed ingin menyebarkan kesedaran mengenai pencegahan dan pengurusan diabetes dan komplikasinya, termasuk berkongsi maklumat mengenai tanda-tanda amaran diabetes, menggalakkan diagnosis awal, serta menggalakkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko kencing manis jenis II.

Officially launched: From left Ms Nadiah Wan, Organising Chairperson, 30 Days to Happy Kidneys campaign, and and Director of Communications and Business Development, Sunway Medical Centre; Mr Chua Hong Wee, Chief Executive Officer, National Kidney Foundation of Malaysia; Dr Balachandran Satiamurti, Selangor State Health Director, and Mr Choo Voon Chee, Acting Chief Executive Officer, Sunway Medical Centre
"Pusat Perubatan Sunway percaya dalam menyumbang kepada kesihatan awam dengan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit yang menjejaskan rakyat di mana sambutan Hari Diabetes Sedunia dan kempen sejak 2012 adalah sebahagian daripada inisiatif kami. Masih ramai pesakit kencing manis yang belum dikenal pasti di kalangan rakyat Malaysia. Dengan jumlah keseluruhan pesakit kencing manis dijangka meningkat, kita perlu meningkatkan diagnosis dan pengurusan penyakit kencing manis, serta menggalakkan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko penyakit ini. Sementara itu, pesakit dengan komplikasi yang berkaitan seperti kegagalan buah pinggang juga telah meningkat. Melalui kempen ‘30-Days to Happy Kidneys’ yang dilancarkan bulan lepas, kami meningkatkan kesedaran dan pada masa yang sama mengumpul dana bagi membantu NKF," kata Choo Voon Chee, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Sunway.


Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan* bahawa **3.2 juta penduduk Malaysia mempunyai diabetes dan kira-kira 50% daripada mereka masih belum dikenal pasti, dengan jumlah bilangan pesakit kencing manis dijangka meningkat sebanyak 50% lagi menjelang 2035. Ramai pesakit diabetes berakhir dengan kegagalan buah pinggang, dengan statistik menunjukkan bahawa kira-kira 60% daripada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang di Malaysia turut menghidapi diabetes - salah satu daripada nisbah tertinggi di dunia. Malah, lebih 5,000 kes-kes kegagalan buah pinggang baru didiagnosis setiap tahun.

Getting healthy: Some members of the public getting their health checked, observed by (from left) Ms Nadiah Wan, Organising Chairperson, 30 Days to Happy Kidneys campaign, and and Director of Communications and Business Development, Sunway Medical Centre; Mr Chua Hong Wee, Chief Executive Officer, National Kidney Foundation of Malaysia; Dr Balachandran Satiamurti, Selangor State Health Director, and Mr Choo Voon Chee, Acting Chief Executive Officer, Sunway Medical Centre

"Dengan peningkatan berterusan dalam jumlah pesakit kegagalan fungsi buah pinggang dan peningkatan dalam kos operasi, kami menghargai organisasi seperti Pusat Perubatan Sunway tampil untuk mengumpul dana untuk membantu NKF. Kami membantu lebih 1,600 pesakit setiap tahun dan membelanjakan hampir RM15 juta setahun subsidi dialisis, manakala jumlah kos operasi kira-kira RM30 juta setahun, termasuk pengoperasian 27 pusat di seluruh negara, perbelanjaan untuk program-program pendidikan awam, sumbangan kebajikan kepada pesakit miskin tegar dan anak-anak mereka, latihan profesional untuk kakitangan, pengangkutan untuk pesakit, dan penggantian peralatan. Hampir 60% daripada pesakit NKF miskin dengan pendapatan boleh guna isi rumah kurang daripada RM800 sebulan, manakala pesakit lain juga termasuk dalam kategori berpendapatan rendah," kata Chua Hong Wee, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.


Sempena Hari Diabetes Sedunia, SunMed telah mengadakan siri pameran bergerak di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang, dengan pameran bergerak utama yang diadakan di Sunway Pyramid dari 13 hingga 15 November 2015. Di pameran bergerak, orang ramai boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma, bermain permainan interaktif dan menerima hadiah percuma yang menarik, serta pertandingan mewarna dan pertandingan fesyen untuk kanak-kanak dengan hadiah wang tunai dan hamper untuk dimenangi.


Di samping menandakan Hari Diabetes Sedunia, kempen SunMed yang bertemakan Hapuskan Diabetes juga terdiri daripada aktiviti yang berlaku dari bulan Oktober 2015 hingga Januari 2016, termasuk:


* Cabaran Fit2Climb, lanjutan program Kelab LEAN yang sedia ada, berfokuskan diabetes, yang merupakan satu program holistik untuk menangani obesiti di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak melalui pemakanan sihat dan gaya hidup. Cabaran yang akan berkemuncak dengan perjalanan mendaki bukit pada bulan Januari 2016.


* Kempen ‘30-Days to Happy Kidneys’, sempena membantu NKF. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan amalan buah pinggang sihat dengan menyediakan kalendar 30 hari yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang berbeza. Kempen ini bertujuan menggalakkan penyebaran berita mengenai kesihatan buah pinggang melalui pertandingan Instagram, dan mengumpul dana untuk NKF dengan membuat kad ‘pledge’ merangkap kalendar disediakan dengan derma RM11 minimum daripada orang ramai. SunMed akan menyumbang RM1 bagi setiap RM1 yang diderma oleh orang ramai, dan akan menjanakan jumlah kutipan kepada NKF.


* Hari ‘Pesakit Dialisis dan Kencing manis’ yang berkongsi maklumat mengenai kepentingan menjaga gula darah dalam kawalan walaupun ketika menjalani dialisis serta tips dan nasihat motivasi untuk pesakit dan penjaga mereka.


* Satu siri Program Pengurusan-kendiri Pendidikan Diabetes untuk pesakit kencing manis dan penjaga mereka, untuk mendidik pesakit kencing manis melalui pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang diperlukan diabetes dalam aspek penjagaan diri.


* Ceramah bagi pengamal umum mengenai penjagaan luka dan pengurusan. Ceramah tersebut juga akan bertepatan dengan pengumuman pemenang untuk Fit2Climb Challenge.




Pada masa yang sama, kempen mengumpul dana untuk ’30-Days to Happy Kidneys’ berjalan dari sekarang hingga 17hb Januari 2016. Sasaran Pusat Perubatan Sunway adalah untuk menerima sumbangan sebanyak RM50,000 daripada orang ramai, dan seterusnya menyalurkan sejumlah sumbangan sebanyak RM100,000 kepada NKF. Untuk mendapatkan kad ‘pledge’ merangkap kalendar, penderma boleh melawat Pusat Perubatan Sunway atau menderma melalui talian di http://www.peoplegiving.org/campaign-page?campId=174 menggunakan kredit atau debit, atau akaun Maybank2u dan CIMB Clicks. Mereka akan menerima kad ‘pledge’ melalui e-mel dalam tempoh 3 hari. Sementara itu, untuk menampung permintaan orang awam, pertandingan memuat naik gambar di Instagram bagi Cabaran 30-Days to Happy Kidneys dipanjangkan sehingga 30 November 2015 bagi Hadiah Utama berupa tiket penerbangan bernilai sehingga RM5,000. Untuk maklumat lanjut pertandingan tersebut, sila layari http://www.sunwaymedical.com/news-events/community-events/happy-kidney-campaign.


*IDF Diabetes Atlas ed. Ke-6, Persekutuan Diabetes Antarabangsa, 2014
** Lingkungan umur 20-79

No comments: