Tuesday, August 19, 2014

Anak siapa ada bakat?

DUGRO® MEMBERI KANAK-KANAK MALAYSIA PELUANG UNTUK MENYERLAH MELALUI KEMPEN DUGROSTAR™ DI SELURUH NEGARA!

Dugrostar Talkshow bersama-sama dengan 
Ms Monique Suryokusumo, Marketing Director, Danone Dumex Malaysia
Ms Elaine Yong, Development Psychologist and Lecturer at the Department of Psychology at Sunway University
Ms Ruth Liew, Director of Malaysian Child Resource Institute and Child Developmentalist
Mr. Zaid Mohamad, Columnist, Best- Selling Author, Parental Coach
Mr Az'farr Baginda, Theatre Practitioner, Educator, and Principal of Blubricks, a speech and drama centre


Semalam anak-anak saya dan saya dijemput menghadiri Dugrostar Blogger Launch di Kidzania.


Anak saya, dah sedia ni, dia nak pergi uji bakat.... 

Raikan kualiti bintang kanak-kanak dengan Dugrostar™, iaitu platform seni persembahan mengujakan anjuran Dugro®, jenama susu formula untuk kanak-kanak membesar. Pertandingan ini bertujuan untuk mendorong kanak-kanak mencungkil potensi diri mereka sepenuhnya dan mempamerkan bakat mereka kepada seluruh negara!

Dengan Dugrostar™, setiap kanak-kanak berpeluang menjadi bintang! Peluang ini terbuka kepada kanak-kanak dalam dua kategori berasaskan umur: tiga hingga enam tahun dan enam tahun lebih hingga 10 tahun. Peserta dalam setiap kategori umur boleh menyertai dalam tiga segmen ini – menyanyi, menari, bermain alat muzik atau gabungan kesemua bakat ini, serta membuat persembahan secara individu atau berkumpulan sehingga seramai enam orang.

Dari 22 Ogos hingga 12 Oktober, sertailah ibu bapa di seluruh Malaysia untuk menonjolkan bakat istimewa anak mereka dengan menyertai peluang yang unik ini. Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka dalam tiga cara – dengan memuat naik video persembahan anak mereka di www.dugro.com.my; dengan mengunjungi siri jelajah terpilih di seluruh negara di mana rakaman langsung boleh dibuat di Gerai Rakaman Dugrostar™; atau dengan menyerahkan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi bersama rakaman persembahan anak mereka dan menghantarkannya ke alamat yang dinyatakan pada borang pendaftaran.

Penyertaan dalam Dugrostar™ adalah percuma tanpa memerlukan bukti pembelian!

Seramai dua ratus lapan puluh (280) finalis muda akan disenarai pendek untuk peringkat seterusnya yang melibatkan persembahan langsung di tujuh pusat membeli-belah di seluruh Malaysia yang akan diadakan dari 24 Oktober hingga 16 November. Di setiap lokasi, pemenang Hadiah Pertama, Kedua dan Ketiga bagi setiap kategori umur akan memenangi hadiah yang hebat, manakala kesemua finalis akan menerima hadiah menarik sebagai tanda penghargaan di atas hasil usaha mereka!

Untuk Bahasa Inggeris, dan gambar sila rujuk link namesherry.com


No comments: