Penawaran terbaru ini membuktikan dan mengukuhkan lagi kedudukan Anakku sebagai salah satu jenama gaya hidup kontemporari Malaysia terkemuka untuk kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah.
Rangkaian Anakku Signature khasnya, adalah hasil daripada pertandingan rekaan fesyen baru-baru ini yang dilangsungkan pada penghujung tahun lalu sempena sambutan ulang tahun Anakku yang ke-40 bersama pelajar-pelajar Malaysia Institute of Art (MIA), di mana pemenangnya meraih ganjaran kontrak bersama Anakku untuk mereka cipta rangkaian pakaian batik yang istimewa.
Selain itu, para pelanggan juga boleh menikmati promosi istimewa yang ditawarkan oleh Anakku sempena musim perayaan ini, di mana mereka layak membawa pulang beg keselamatan edisi terhad bernilai RM39.00, apabila mereka berbelanja RM150 ke atas dalam satu resit.
Anakku bermula pada 1973 sebagai perniagaan sederhana yang diusahakan oleh keluarga. Hari ini selepas lebih 40 tahun, ia digerakkan oleh pasukan pengurusan profesional yang mengendalikan sebanyak 473 cawangan, termasuk gedung membeli-belah utama di seluruh negara. Dibangunkan dengan kualiti premium dari asas yang teguh dan kukuh, keselamatan dan kebolehpercayaan, hari ini Anakku menawarkan kepada ibu bapa dan kanak-kanak dengan rangkaian luas produk bayi yang sesuai dengan gaya hidup aktif mereka.
Berharga antara RM29.90 – RM83.90, rangkaian Anakku dan Disney boleh didapati di semua cawangan Anakku, selain yang terdapat di gedung membeli-belah utama di seluruh negara, sementara rangkaian Anakku Signature, yang berharga antara RM39.90 – RM79.90 hanya tersedia di cawangan Anakku terpilih.