Saturday, February 8, 2014

Mydin Karnival Tahun Baru Cina 2014



Mydin Karnival Tahun Baru Cina 2014, diadakan di Mydin Subang Jaya semalam.

Karnival Komuniti Tahun Baru Cina 2014 diadakan di MYDIN Mall USJ
Subang Jaya. Seramai 5,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat hadir.


Karnival ini mendapat sambutan dari penduduk di kawasan Subang Jaya dan juga
daerah-daerah luar seperti Klang, Shah Alam, Kajang, Dengkil, Bangi, Serdang, Semenyih, Putrajaya, Nilai dan sekitarnya.
Para pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah dan hidangan makanan yang berkonsepkan Selera 1Malaysia seperti char kuetiau, mi kari, mi sup, nasi ayam, dim-sum, kuih-muih, anika bubur, kek dan pastri, makanan bergoreng, aiskrim, buah-buahan, pelbagai jenis minuman sejuk dan panas dan banyak lagi.
 
Sebanyak 1,000 keping baucar RM5 diberikan secara PERCUMA untuk seribu pelanggan yang pertama di slot Meriah Happy Hour. 
Karnival ini dimeriahkan lagi dengan penampilan Stilt Walkers, Persembahan Wushu, Permainan Sumo, Inflatable Park dan pelbagai siri acara menarik.
Acara Cabutan Bertuah juga diadakan untuk menjadikan Karnival ini lebih istimewa.
Pelbagai hadiah berjenama dan hamper disediakan untuk cabutan bertuah. 
Seramai 20 orang warga emas dari Rumah Sejahtera Seri Setia, Petaling Jaya yang majoritinya berbangsa Cina menjadi tetamu jemputan yang diraikan bersempena karnival hari ini.

Tetamu Kehormat yang bakal hadir :
YB Hannah Yeoh                                       - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor
Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin     - Pengarah Urusan MYDIN
Wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan
Wakil dari MPSJ




Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Mydin kerana menjemput saya menghadiri karnival ini. 
Kamu ingin melihat gambar lain yang saya tangkap boleh ke instagram sherrygo. 

2 comments:

Sunshine Kelly said...

another great activities by Mydin

Sherry said...

yes.

another will be this Friday in Seremban 2