Tuesday, January 21, 2014

Bricks4Kidz Blogger Sessions

Gambar kanak-kanak main dengan block Lego, dan En. Demitrius Lam Pengarah Pengurusan Creative Development Sdn Bhd and Pemegang Lesen Utama B4K.

Pada Sabtu lalu 18 Januari, anak saya dan saya dijemput menghadari Bricks4Kidz Blogger Sesi. Saya dan dua blogger Jane and Celeste masing-masing membawa anak kita untuk bermain sambil belajar menggunakan block Lego. 

Tahukah anda Bricks4Kidz juga dikenali sebagai B4K? 

Selain pembelajaran di sekolah, sebagai ibu bapa kita juga harap boleh memumuk mereka menjadi pemimpin masa depan Malaysia. Siapa kata pembelajaran adalah sesuatu yang membosankan? Semua orang tahu bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih baik apabila mereka sedang bergembira atau khusyuk dengan sesi pembelajaran yang menarik. Dengan matlamat untuk memupuk dan membentuk sebanyak mungkin pemikiran kanak-kanak,  Bricks4Kidz™  (B4K) sudah menubuhkan empat pusat di Malaysia untuk pertama kalinya di Sri Petaling, Sunway Giza, Cheras dan Petaling Jaya, yang menggalakan pendidikan melalui kaedah bermain sambil belajar.

Di setiap pusat B4K, kanak-kanak akan mempunyai akses kepada 130 subjek pembelajaran milik B4K, yang direka untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai prinsip Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Menggunakan set kit projek dan pelan model, setiap pembelajaran menampilkan tema berbeza dan menarik seperti Angkasa Lepas, Reka-cipta, Bangunan Terkenal dan Haiwan Menakjubkan di mana kanak-kanak dapat belajar dengan menggunakan blok LEGO®. Misalnya, untuk membolehkan kanak-kanak memahami Hukum Gerakan seperti inersia dan jisim, mereka perlu reka dan bina jam atau jongkang-jongkit menggunakan blok LEGO®. Melalui proses membina inilah, kanak-kanak akan memahami dan menggunakan konsep itu dengan lebih baik.

Apalagi memandangkan kebanyakan kanak-kanak sudah pasti suka bermain dengan blok LEGO®, mempelajari asas kejuruteraan dan konsep matematik menerusi pengunaannya sudah pasti akan menggalakkan kanak-kanak untuk turut sama meminati sains.

“Dengan pembukaan empat pusat di Malaysia, kami berharap lebih ramai kanak-kanak akan mendapat faedah dari program pembelajaran unik B4K, dan bakal menjadi arkitek dan jurutera yang berjaya pada masa hadapan. Jika dan bila perkara itu berlaku, kita boleh mengharapkan sumbangan mereka dalam pembangunan dan produktiviti negara ini!” Encik Demitrius Lam, Pengarah Urusan Creative Child Development Sdn Bhd dan Pemegang Lesen Utama B4K.


Gambar atas Cikgu Lisa mengajar dan menerangkan apa yang kanak-kanak akan belajar pada hari itu. Ia itu model Dragster. Ini adalah di pusat Bricks4Kidz di Sunway Giza, Kota Damansara.

Sebuah pusat pembelajaran kanak-kanak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, B4K menggalakkan kanak-kanak untuk membina kemahiran penting dalam kehidupan yang akan membantu mereka hadapi cabaran di sekolah dan kehidupan seharian. Selain itu kanak-kanak akan lebih berdaya saing dalam alam kerjaya. Diiktiraf dengan kejayaan program di 16 negara dan 300 lokasi di Amerika Syarikat (AS), B4K dihasilkan secara khusus untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga sembilan tahun, berperanan sebagai program tambahan kepada pendidikan tetap mereka.

“Selain membina daya kreativiti dan imaginasi mereka, belajar menggunakan  blok LEGO® juga membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah secara berurutan, memajukan pemikiran hubungan dan ruang, meningkatkan EQ, memupuk kerja berkumpulan serta kemahiran sosial dan emosional, serta menyemai pemikiran berorientasikan proses. Fokus dan kesabaran yang diperlukan untuk menyelesaikan projek mingguan mereka juga pasti akan membantu kanak-kanak percaya dengan kebolehan diri dan mempunyai keyakinan untuk mengatasi sebarang cabaran yang bakal mereka hadapi. Kesemua ini adalah kemahiran hidup penting yang akan membentuk tahun-tahun pembesaran mereka hingga memasuki alam dewasa,” kata Encik Demitrius Lam.
Gambar atas saya dan mommy bloggers dengan Encik Demitrius Lam. 

Dia berkata lagi, “Kelas dan modul di B4K adalah mengikut umur. Bagi kanak-kanak berusia empat tahun, kelas yang dijalankan di pusat B4K menggunakan blok membina LEGO® DUPLO® untuk kanak-kanak kecil. Manakala untuk kanak-kanak berusia lima dan enam tahun, mereka mempunyai pilihan untuk mengambil bahagian dalam program bergerak di dalam tapak dan di luar tapak B4K yang diadakan di tadika dan pusat komuniti. Selain itu, kelas menggunakan set kit projek di pusat itu turut ditawarkan kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ke atas.”


Ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 9 tahun boleh mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengambil bahagian dalam mana-mana kem percutian B4K yang membantu mengembangkan daya kreativiti dan imaginasi tanpa had kanak-kanak dalam persekitaran bertenaga tinggi bersama rakan-rakan sebaya. Selain itu, ibu bapa juga boleh menghantar anak mereka untuk menyertai lawatan padang yang menarik dan menyeronokkan atau mengadakan parti harijadi B4K untuk anak mereka. 

Sungguh menarik hati dan gembira tengok anak saya dengan kanak-kanak lain bermain dengan Model Dragster yang telah mereka belajar di B4K. 

Dengan begitu banyak aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan di  B4K, kanak-kanak boleh belajar, bina dan bermain menuju ke masa depan yang cerah dan berjaya!

Untuk melihat apa yang ditawarkan oleh B4K untuk anak-anak anda, mengapa tidak daftarkan mereka untuk Kem Percutian B4K akan datang pada cuti sekolah nanti? Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 

B4K Sri Petaling, Encik Demitrius di 012-317 3236 atau emel ke dlam@bricks4kidz.com.
B4K Kota Damansara, Lisa Ong di 016-322 3525 atau email ke long@bricks4kidz.com.
B4K Taynton View Cheras,Jamie Lim di 012-935 8115 atau email ke jamielim@bricks4kidz.com
B4K Petaling Jaya, Steven Chan di 012 292 0609 atau email ke stevenchan@bricks4kidz.com


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada B4K kerana menjemput saya menghadiri B4K Blogger Sessions di pusat mereka di Sunway Giza, Kota Damansara. 


Kamu ingin tahu mengenai Bricks4Kidz?


Bricks4Kidz™ (B4K) adalah pusat memperkayakan kanak-kanak yang menawarkan program pendidikan penting untuk menyokong kurikulum sedia ada di sekolah. Diasaskan di Amerika Syarikat (AS) pada 2008, program B4K kini diiktiraf di peringkat antarabangsa di 16 negara seluruh dunia dan lebih 300 lokasi di AS.
Mengikut slogannya, ‘kami belajar, kami bina, kami bermain’, program B4K dijalankan dengan menggunakan LEGO® Bricks sebagai alat pembelajaran utama, memberikan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan kepada kanak-kanak. Direka khusus untuk kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, program B4K memerlukan pelajar membina struktur daripada blok LEGO® menggunakan set kit projek dan pelan model bertema yang meningkatkan pengetahuan mereka terhadap prinsip Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program B4K juga direka untuk membantu mengembangkan kemahiran hidup yang penting di kalangan kanak-kanak pada peringkat peribadi, emosi dan sosial.

http://www.bricks4kidz.com/malaysia/




No comments: