Gambar kanak-kanak main dengan block Lego, dan En. Demitrius Lam Pengarah Pengurusan Creative Development Sdn Bhd and Pemegang Lesen Utama B4K.
Pada Sabtu lalu 18 Januari, anak saya dan saya dijemput menghadari Bricks4Kidz Blogger Sesi. Saya dan dua blogger Jane and Celeste masing-masing membawa anak kita untuk bermain sambil belajar menggunakan block Lego.
Tahukah anda Bricks4Kidz juga dikenali sebagai B4K?
Selain pembelajaran di sekolah, sebagai ibu bapa kita juga harap boleh memumuk mereka menjadi pemimpin masa depan Malaysia. Siapa kata pembelajaran
adalah sesuatu yang membosankan? Semua orang tahu bahawa kanak-kanak belajar
dengan lebih baik apabila mereka sedang bergembira atau khusyuk dengan sesi
pembelajaran yang menarik. Dengan matlamat untuk memupuk dan membentuk sebanyak
mungkin pemikiran kanak-kanak, Bricks4Kidz™
(B4K) sudah menubuhkan empat pusat di Malaysia untuk pertama kalinya di Sri
Petaling, Sunway Giza, Cheras dan Petaling Jaya, yang menggalakan pendidikan
melalui kaedah bermain sambil belajar.
Di setiap pusat B4K, kanak-kanak akan mempunyai akses
kepada 130 subjek pembelajaran milik B4K,
yang direka untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai prinsip Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Menggunakan set kit projek dan pelan model,
setiap pembelajaran menampilkan tema berbeza dan menarik seperti Angkasa Lepas,
Reka-cipta, Bangunan Terkenal dan Haiwan Menakjubkan di mana kanak-kanak dapat
belajar dengan menggunakan blok LEGO®. Misalnya, untuk membolehkan kanak-kanak
memahami Hukum Gerakan seperti inersia dan jisim, mereka perlu reka dan bina
jam atau jongkang-jongkit menggunakan blok LEGO®. Melalui proses membina
inilah, kanak-kanak akan memahami dan menggunakan konsep itu dengan lebih baik.
Apalagi memandangkan
kebanyakan kanak-kanak sudah pasti suka bermain dengan blok LEGO®, mempelajari
asas kejuruteraan dan konsep matematik menerusi pengunaannya sudah pasti akan
menggalakkan kanak-kanak untuk turut sama meminati sains.
“Dengan
pembukaan empat pusat di Malaysia, kami berharap lebih ramai kanak-kanak akan
mendapat faedah dari program pembelajaran unik B4K, dan bakal menjadi arkitek dan jurutera yang berjaya pada masa
hadapan. Jika dan bila perkara itu berlaku, kita boleh mengharapkan sumbangan
mereka dalam pembangunan dan produktiviti negara ini!” Encik Demitrius Lam, Pengarah Urusan Creative
Child Development Sdn Bhd dan Pemegang Lesen Utama B4K.
Gambar atas Cikgu Lisa mengajar dan menerangkan apa yang kanak-kanak akan belajar pada hari itu. Ia itu model Dragster. Ini adalah di pusat Bricks4Kidz di Sunway Giza, Kota Damansara.
Sebuah pusat pembelajaran
kanak-kanak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, B4K menggalakkan
kanak-kanak untuk membina kemahiran penting dalam kehidupan yang akan membantu
mereka hadapi cabaran di sekolah dan kehidupan seharian. Selain itu kanak-kanak
akan lebih berdaya saing dalam alam kerjaya. Diiktiraf dengan kejayaan program
di 16 negara dan 300 lokasi di Amerika Syarikat (AS), B4K dihasilkan secara
khusus untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga sembilan tahun, berperanan
sebagai program tambahan kepada pendidikan tetap mereka.
“Selain membina daya
kreativiti dan imaginasi mereka, belajar menggunakan blok LEGO® juga membantu kanak-kanak untuk
mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah secara berurutan, memajukan
pemikiran hubungan dan ruang, meningkatkan EQ, memupuk kerja berkumpulan serta
kemahiran sosial dan emosional, serta menyemai pemikiran berorientasikan
proses. Fokus dan kesabaran yang diperlukan untuk menyelesaikan projek mingguan
mereka juga pasti akan membantu kanak-kanak percaya dengan kebolehan diri dan
mempunyai keyakinan untuk mengatasi sebarang cabaran yang bakal mereka hadapi.
Kesemua ini adalah kemahiran hidup penting yang akan membentuk tahun-tahun
pembesaran mereka hingga memasuki alam dewasa,” kata Encik Demitrius Lam.
Gambar atas saya dan mommy bloggers dengan Encik Demitrius Lam.
Dia berkata lagi, “Kelas
dan modul di B4K adalah mengikut umur. Bagi kanak-kanak berusia empat tahun,
kelas yang dijalankan di pusat B4K menggunakan blok membina LEGO® DUPLO® untuk
kanak-kanak kecil. Manakala untuk kanak-kanak berusia lima dan enam tahun,
mereka mempunyai pilihan untuk mengambil bahagian dalam program bergerak di
dalam tapak dan di luar tapak B4K yang diadakan di tadika dan pusat komuniti.
Selain itu, kelas menggunakan set kit projek di pusat itu turut ditawarkan
kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ke atas.”
Ibu bapa
kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 9 tahun boleh mendaftarkan anak-anak mereka
untuk mengambil bahagian dalam mana-mana kem percutian B4K yang membantu mengembangkan daya kreativiti dan imaginasi tanpa
had kanak-kanak dalam persekitaran bertenaga tinggi bersama rakan-rakan sebaya.
Selain itu, ibu bapa juga boleh menghantar anak mereka untuk menyertai lawatan
padang yang menarik dan menyeronokkan atau mengadakan parti harijadi B4K untuk anak mereka.
Sungguh menarik hati dan gembira tengok anak saya dengan kanak-kanak lain bermain dengan Model Dragster yang telah mereka belajar di B4K.
Dengan
begitu banyak aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan di B4K,
kanak-kanak boleh belajar, bina dan bermain menuju ke masa depan yang cerah dan
berjaya!
Untuk melihat apa yang
ditawarkan oleh B4K untuk anak-anak
anda, mengapa tidak daftarkan mereka untuk Kem Percutian B4K akan datang pada cuti sekolah nanti? Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi
B4K Kota Damansara, Lisa Ong di 016-322 3525 atau email ke long@bricks4kidz.com.
B4K Taynton View Cheras,Jamie Lim di 012-935 8115 atau email ke jamielim@bricks4kidz.com
B4K Petaling Jaya, Steven Chan di 012 292 0609 atau email ke stevenchan@bricks4kidz.com
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada B4K kerana menjemput saya menghadiri B4K Blogger Sessions di pusat mereka di Sunway Giza, Kota Damansara.
Kamu ingin tahu mengenai Bricks4Kidz?
Bricks4Kidz™
(B4K) adalah pusat memperkayakan kanak-kanak yang menawarkan program pendidikan
penting untuk menyokong kurikulum sedia ada di sekolah. Diasaskan di Amerika
Syarikat (AS) pada 2008, program B4K kini diiktiraf di peringkat antarabangsa
di 16 negara seluruh dunia dan lebih 300 lokasi di AS.
Mengikut
slogannya, ‘kami belajar, kami bina, kami bermain’, program B4K dijalankan
dengan menggunakan LEGO® Bricks sebagai alat pembelajaran utama, memberikan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan kepada kanak-kanak. Direka khusus
untuk kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, program B4K memerlukan
pelajar membina struktur daripada blok LEGO® menggunakan set kit projek dan
pelan model bertema yang meningkatkan pengetahuan mereka terhadap prinsip
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program B4K juga direka
untuk membantu mengembangkan kemahiran hidup yang penting di kalangan
kanak-kanak pada peringkat peribadi, emosi dan sosial.
http://www.bricks4kidz.com/malaysia/