Sunday, September 7, 2014

Johnson's Baby Event @ Urban Mom 2014!

JOHNSON’S® BABY DAN DOKTORBUDAK MENGANJURKAN BENGKEL “ARE YOU CARING FOR HIS SKIN THE RIGHT WAY?” UNTUK PARA IBU!
Ibu-ibu berpeluang menghadiri sesi interaktif mengenai penjagaan kulit bayi dengan pakar kanak-kanak dan Johnson’s® Baby pada siri jelajah Urban Mom 2014!

Johnson’s® Baby dengan kerjasama Doktorbudak, iaitu sebuah usaha sama dalam talian secara sukarela yang pertama dan terbesar di kalangan pakar kesihatan kanak-kanak yang menjawab soalan tentang kesihatan kanak-kanak, menganjurkan bengkel interaktif untuk berkongsi petua-petua praktikal dan nasihat pakar dengan ibu-ibu tentang bagaimana menjaga kulit bayi yang halus dan lembut pada siri jelajah Urban Mom 2014.



Bengkel yang bertajuk “Are you Caring for his Skin the Right Way?” menampilkan dua orang pakar pediatrik, iaitu Dr Aileen Wee dan Dr Yap Hsiao Ling, yang memberikan pengalaman interaktif sebenar kepada ibu-ibu mengenai perkembangan dan penjagaan kulit bayi yang sihat dan bersesuaian dengan usia mereka. Bengkel ini diakhiri dengan acara kemuncak petang itu, iaitu demonstrasi urutan bayi!


“Johnson’s® Baby memahami dan berkongsi setiap kesungguhan dan komitmen ibu-ibu terhadap memberikan penjagaan terbaik kepada bayi mereka. Dengan pengalaman lebih 100 tahun dalam penjagaan kulit bayi, memang sepatutnya kami berkongsi pengetahuan ini dengan ibu-ibu di Malaysia supaya mereka dapat menjaga kulit bayi mereka dengan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran,” kata Cik Chen Pei Ming, Pengurus Kanan Pemasaran Profesional & OTC, Johnson & Johnson Malaysia.


“Ramai ibu bapa tidak menyedari betapa halus dan lembutnya kulit bayi, maka adalah penting anda maklum tentangnya dan membuat pilihan yang tepat demi kesihatan kulit bayi anda,” jelas Dr Wee. “Ini termasuk menggunakan produk yang dirumus khas untuk menjaga keperluan kulit bayi yang halus, terutama pada tahun pertamanya ketika kulitnya masih sedang berkembang.”


Memahami dan Menjaga Kulit Bayi dengan Cara yang Betul: 

* Kulit bayi adalah 30% lebih nipis daripada kulit orang dewasa, dan kehilangan air lebih cepat dalam 12 bulan pertama kehidupannya.

* Produk penjagaan kulit khusus untuk bayi yang betul amatlah penting pada bulan pertama kehidupan bayi kerana kulit bayi lebih mudah mengalami kekeringan, kerengsaan dan jangkitan dalam tempoh ini.

* Walaupun penting untuk tidak menggunakan sabun yang kuat kerana ia boleh merosakkan lapisan pelindung kulit bayi, menggunakan air sahaja tidak memadai. Berdasarkan penyelidikan oleh Johnson’s® Baby, bayi yang dibersihkan menggunakan Johnson’s® Baby Top to Toe Wash tidak menunjukkan sebarang perbezaan dalam beberapa penunjuk utama apabila dibandingkan dengan bayi yang dibersihkan menggunakan air sahaja. Ini menunjukkan bahawa Johnson’s® Baby Top to Toe Wash lembut pada kulit seperti air.

* Adalah penting untuk membersihkan muka, leher, tangan dan punggung bayi anda dengan teliti setiap hari.

* Lebih penting lagi untuk mengkaji semula produk dari perspektif kelembutan dan keselamatannya dan juga bukti saintifik daripada semata-mata bergantung pada label yang mengatakan ia ‘semula jadi’ atau ‘organik’.

* Memilih pembersih yang tepat untuk bayi anda, terutama dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran, dapat membantu menghalang kerosakan kulit yang sukar dipulihkan seperti kemerahan dan kegatalan, kekeringan, mengelupas dan kasar serta rasa tegang selepas mencuci.

* Tidur yang nyenyak pada waktu malam memberi perbezaan yang besar dalam pembawaan bayi apabila dia bangun! Inilah sebabnya mengapa rangkaian produk Johnson’s® Baby Bedtime dihasilkan, dengan rumusan unik untuk membantu merelakskan bayi, dengan itu memudahkan mereka tidur nyenyak pada waktu malam. Harumannya yang unik dan bahan-bahan yang lembut daripada pati Natural Calm™, yang terdapat dalam seluruh rangkaian produk yang terdiri daripada mandian, losyen, minyak dan bedak. Paling penting, Johnson’s® Baby juga mempunyai rutin yang terbukti secara klinikal untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak yang akan ditunjukkan sebentar lagi! Beberapa Petua Penting mengenai Penjagaan Kulit Bayi:

* Pertama sekali, pilih produk penjagaan kulit yang betul yang dirumus khas sebagai selamat dan lembut untuk bayi.

* Selepas mandi, sapukan losyen atau minyak urut pada kulit bayi untuk mengekalkan lembapan di dalam kulit bayi.

* Adalah penting untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang petanda kerengsaan kulit, terutama pada lipatan kulit seperti leher, bahagian dalam siku dan di belakang lutut di mana kotoran, peluh atau lembapan berlebihan boleh terperangkap. Sebarang ruam hendaklah segera dirawat untuk mengelakkannya daripada menjadi bertambah teruk. * Ibu-ibu juga boleh menolong mengurangkan pendedahan bayi kepada perengsa dengan mencuci pakaian dan peralatan tempat tidur baru sebelum digunakan, menggunakan penghalau dan jaring nyamuk untuk mengelakkan gigitan serangga, dan menjauhkan bayi daripada matahari bilamana mungkin.



Menjaga keperluan unik kulit bayi adalah sebabnya mengapa produk Johnson’s® Baby diuji secara klinikal sebagai selamat, lembut dan berkesan, justeru memastikan setiap produk menepati piawaian “Best for Baby™ Standard”:

* selamat, kerana semua bahan mempunyai tujuannya dan disokong oleh bukti saintifik, diuji dengan piawaian ketat yang menepati atau melebihi tahap keselamatan yang diterima; ini termasuk pembungkusan dan juga dakwat yang digunakan untuk mencetak;

* lembut, Johnson’s® Baby melakukan ujian berulang kali ke atas produk pembersih dengan bantuan pakar bebas untuk menilai potensi produk – daripada agen pembersih hinggalah kepada wangian malah buihnya juga – demi memastikan produk tersebut tidak menyebabkan kemerahan, rasa pedih dan kerengsaan pada kulit, rambut dan mata bayi;

* berkesan, dengan manfaat dan keberkesanan terbukti untuk menghormati dan menjaga keperluan unik kulit bayi.


“Selain komitmen kami untuk menjaga dan membelai kulit bayi, kami juga percaya pada ikatan kasih sayang antara ibu dan anak, justeru itu, produk Johnson’s® Baby juga direka untuk merangsangkan deria dan mewujudkan pengalaman yang lebih menyeronokkan,” jelas Chen. “Ini terutamanya benar pada rangkaian produk Johnson’s® Baby Bedtime, dengan pati Natural Calm™ untuk melegakan bayi dan membantu bayi tidur lebih nyenyak.”


Bengkel ini diakhiri dengan demonstrasi urutan bayi yang diketuai oleh Dr Yap, yang menjelaskan, “Deria sentuh amat penting bagi manusia, dan urutan telah lama diketahui sebagai mempunyai manfaat yang positif. Untuk bayi, penyelidikan menunjukkan bahawa urutan boleh menolong mengurangkan kembung perut, menggalakkan tumbesaran yang lebih baik dan tidur yang lebih nyenyak.”


Turut hadir pada bengkel tersebut ialah duta jenama Johnson’s® Baby, Dynas Mokhtar, yang berkongsi pengetahuan dan pengalamannya sendiri tentang kesihatan kulit bayi. “Kesihatan kulit bayi saya sungguh penting buat saya, itulah sebabnya mengapa saya bergantung pada produk Johnson’s® Baby kerana saya tahu ia terbukti secara klinikal sebagai lembut dan selamat untuk si manja saya,” katanya. “Mandi dengan mandian Johnson’s® Baby Top to Toe Wash disusuli pula dengan Johnson’s® Baby Lotion sentiasa menyebabkan bayi saya riang seharian, dan pada waktu malam saya mandikan mereka dengan Johnson’s® Baby Bedtime Bath dan disusuli dengan Johnson’s® Baby Lotion sebelum mereka masuk tidur.”


Ketahui lebih lanjut tentang komitmen Johnson’s® Baby terhadap penjagaan kulit yang selamat, lembut dan berkesan di www.johnsonsbaby.com atau dapatkan maklumat terkini melalui www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com, di mana anda juga boleh mengemukakan soalan yang akan dijawab oleh panel Doktorbudak!

Sesi bergambar dengan para ibu dan anak yang menghadiri bengkel ini.

Anak-anak saya suka menggunakan produk  Johnson’s® Baby.

 #JBstoriesinabottle

No comments: