Friday, May 4, 2018

KOLABORASI ISTIMEWA CHATIME DAN FAZLEY SEMPENA RAMADAN


 
Cef selebriti dan penyanyi popular, Dato’ Fazley Yaakob, 40, dilantik sebagai wajah kempen Ramadan jenama terkenal dan francais bubble tea antarabangsa, Chatime pada sebuah majlis pelancaran yang diadakan di SukaSucre Bistro di sini hari ini.

Menampilkan tema Buka Puasa, Buka Rasa, Fazley menghasilkan dua jenis minuman edisi istimewa; Bandung Sago Pearl Milk Tea dan Cendol Sago Milk Tea sebagai memenuhi kepelbagaian permintaan pelanggan setia dan baharu Chatime terutama pada Ramadan ini.

Menurut Fazley, dia amat terharu dan bangga apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Chatime yang kebetulan merupakan minuman kegemarannya dan keluarga sejak awal lagi.

“Apabila ditawarkan peluang kolaborasi ini, sudah pasti saya berasa teruja kerana selama ini sudah memasang angan-angan untuk menghasilkan resepi minuman istimewa jenama Chatime,” katanya ketika ditemui usai majlis tersebut.




Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia Sdn. Bhd. milik penuh Will Group, Aliza Ali dan Pengarah Eksekutif, Widayu Latiff.

Pada majlis itu, Fazley turut melakukan demonstrasi penyediaan dua minuman tersebut yang mengenengah sago sebagai keistimewaan sambil dibantu oleh Aliza serta Widayu. 

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan Fazley sempena kempen Ramadan ini, Aliza memberitahu pengalaman dan minat Fazley dalam mempelbagaikan resepi dalam bidang kulinari merupakan sebab mereka memilihnya sebagai wajah kempen sempena Ramadan kali ini, bertepatan dengan jenama Chatime yang menitikberatkan kepelbagaian di dalam minuman yang dijual. 

“Beliau (Fazley) bukan sahaja merupakan wajah kempen, malah resepi bagi dua minuman kolaborasi Ramadan ini telah diolahnya sendiri”.




Bandung Sago Pearl Milk Tea (boleh ditambah dengan krim vanila) dan Cendol Sago Milk Tea dijual setiap satu dengan harga RM8.90.

Dua minuman istimewa ini boleh diperolehi di seluruh cawangan Chatime di Malaysia bermula seminggu sebelum Ramadan dan berakhir pada minggu awal Hari Raya Aidilfitri ini.

Chatime yang memasuki negara ini sejak tahun 2009 kini mempunyai hampir 40 cawangan di seluruh Malaysia.


Selain Malaysia, Chatime juga memiliki lebih 1700 buah cawangan di 32 negara seperti London, Paris, Amerika Syarikat, Kanada, Dubai, Australia, Korea, China, India, Vietnam, Hong Kong, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Taiwan.

Untuk mengetahui informasi lanjut, boleh melayari platform laman sosial - Facebook, Twitter dan Instagram (Chatime Malaysia).